Masih ingat lagi artikel yang pernah kami tulis sebelum ini bertajuk Gambar Kereta Pengganti Viva Baru Tersebar ! ? Menurut laporan akhbar-akhbar utama, kereta tersebut sudah boleh mula ditempah mulai esok, 15 Ogos 2014 . Harga permulaan tentatifnya adalah RM 24, 900.
Tempahan boleh dibuat di 182 bilik pameran dan jualan seluruh negara.
Berdasarkan kenyataan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), model terbaharu itu merupakan kereta paling menjimatkan minyak kerna yang mampu bergerak sejauh 21.6 kilometer seliter, luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.
Model ke -10 Perodua dijadualkan akan dilancarkan tidak lama lagi. Tentang nama kereta baru yang menggantikan Perodua Viva, ini jawapan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.
“Kami yakin Perodua Axia kompetitif di rantau ini, yang memperjelaskan mengapa perkataan ‘Asia’ dijadikan namanya,” katanya.
Jadi spekulasi nama yang dibuat sebelum ini memang mengena nampaknya. Sebelum ini, nama Axia, Atrivia ataupun Eliana adalah antara yang menjadi sebutan.
Bagi yang berminat untuk memiliki kereta ini, bayaran tempahan ialah antara RM250 dan RM300 bergantung kepada jenis varian. Perodua Axia didatangkan dalam empat varian – Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance – dengan jaminan lima tahun
[ Sumber : Sinar Harian Online, Harian Metro, BH Online Kredit Gambar : Facebok Perodua ]