Adidas mengumumkan kempen #mygirls yang bertemakan minat wanita dalam berlari dan memberi tumpuan kepada satu wawasan utama – wanita dan kanak-kanak di Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat antara satu sama lain untuk mencapai apa yang mereka inginkan di dalam bidang yang mereka ceburi.
Kempen tahun ini memperkenalkan duta yang memberi inspirasi untuk bekerja bersama-sama dan pergi #allin untuk kegiatan mereka. Sharifah Sakinah selaku Duta Malaysia turut disokong oleh personaliti #mygirls seperti Atilia Haron, Sazzy Falak, Megan Tan dan Elfira Loy.
Peraduan Cabaran Instagram
Menariknya lagi, wanita Malaysia di seluruh negara berpeluang mendapatkan koleksi terkini Women’s Sports Performance FW14 dengan menyertai cabaran Instagram selama sebulan yang akan dihoskan Sharifah Sakinah bersama-sama dengan Atilia Haron, Elfira Loy, Megan Tan dan Sazzy Falak.
Semestinya hadiah menanti pemenang bertuah ialah baucer membeli belah sebanyak RM5,000 di semua cawangan Adidas. Cabaran Instagram yang bermula pada Isnin, 18 Ogos 2014, bertujuan untuk melibatkan wanita Malaysia dalam menjadi aktif bersama Adidas.
Rakyat Malaysia yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cabaran yang bakal dijalankan boleh mengikuti Instagram Sharifah Sakinah (@fitnessakinah), Elfira Loy (@elfiraloy), Atilia Haron (@atiliaharon), Sazzy Falak (@sazzyfalak) dan Megan Tan (@iemegan). Anda boleh juga ke Facebook Adidas dan Website Adidas Malaysia .
Kesemua Koleksi Women’s Sports Performance FW14 boleh didapati di KLCC, Pavilion, The Gardens, Paradigm Mall dan Empire Subang dan kedai-kedai terpilih.
Layari Facebook Adidas Malaysia
Layari website Adidas Malaysia
Koleksi Women’s Sports Performance FW14