Penulis British dan penyiar Alex Bellos telah mendedahkan yang kita memotong kek dengan cara yang salah selama ini.
Ini adalah cara yang biasa kita gunakan untuk memotong kek yang bulat, dalam beberapa potongan berbentuk tiga segi.
Namun, menurut Alex dalam video ini, cara ini akan menyebabkan kek menjadi kering dan keras jika dibiarkan terdedah lama.
Berdasarkan artikel yang disiarkan dalam majalah Nature pada tahun 1906, Bellos mendedahkan ini adalah cara yang memotong kek yang betul jika anda mahu ia kekal segar.
Dengan memotong cara begini, anda boleh menolaknya kedua bahagian kembali supaya bahagian dalaman kek tidak terdedah dan kekal segar.
Malah, Alex juga mencadangkan agar anda mengekalkan bentuknya dengan menggunakan gelang getah.
Walaubagaimanapun, cara memotong kek seperti ini mungkin tidak praktikal diapplikasikan untuk kek dengan topping aising buttercream ataupun kek yang mempunyai layer dan filling seperti kek keju. Kek dalam video ini adalah kek jenis fondant jadi lebih mudah untuk dipraktikkan. Lagipun, dengan adanya bekas plastik kedap udara, anda mungkin masih lagi boleh mengekalkan kesegaran kek dengan menyimpanya di dalam bekas tersebut. Bagaimana pula dengan pendapat anda? Setuju atau tidak yang selama ini anda telah memotong kek dengan cara yang salah.
[Video dari Youtube Numberphile & Imej dari tastespotting.com ]