Pengsan sekejap bila melihat koleksi kasut yang dipakai oleh watak utama Carrie Bradshaw dalam ‘Sex and the City ‘. Selama enam musim dan dua filem, terlalu banyak koleksi kasut Carrie daripada pelbagai jenis rekaan dan stail yang disuai padan dengan outfit pilihan.
Pemilihan kasut daripada label mewah seperti Manolo Blahnik, Jimmy Choo, Yves St Laurent dan pelbagai lagi menjadikan penonton khususnya kaum wanita geram dan cemburu melihatnya.
Boleh dikatakan penulis merupakan antara peminat siri dan filem ‘Sex and the City’, jadi setiap fesyen kasut mahupun outfit yang dikenakan memang sentiasa kreatif dan wow sekali.