Hari ini telah masuk Syawal yang ke -22 , namun rasanya masih belum terlambat untuk kami ulas tentang resepi -resepi yang menjadi trending di carian Google pada bulan lalu.
Walaupun Hari Raya Puasa jatuh pada 28 Julai iaitu minggu terakhir bulan tersebut, namun kebiasaanya resepi-resepi akan dicari lebih awal .Resepi yang menjadi trending nombor 1 ialah Resepi Cornflakes madu dengan pencarian setinggi 25%. Tidak berbeza jauh dengan trending kedua setinggi 24% iaitu ketupat.
Menduduki tempat ketiga adalah kek batik ( 18 %) dan dikuti oleh Almond London dan Popia Nestum masing-masing setinggi 16%. Kami di Wanista.com juga ada menyiarkan resepi trending yang berada di tangga kelima ini pada 22 Julai yang lalu.
[ Baca : [ Resepi Raya ] Biskut Popiah Nestum Rangup ]
Nampaknya empat daripada senarai top 5 ini memperlihatkan, ramai rakyat Malaysia mencari resepi berupa kuih moden dan kami tidak menyangka bahawa resepi ringkas seperti Cornflakes Madu telah menjadi trending nombor 1.