Gucci Oud, menghasilkan wangian yang glamor, mewah, kaya, eksotik, sensual dan penuh misteri. Menurut Pengarah Kreatif Gucci, Frida Giannini, inspirasi penghasilan Gucci Oud diambil berdasarkan pada pelayarannya ke negara luar dan tarikan budaya eksotik yang memberi kelainan.
Gucci Oud adalah wangian unisex bagi mereka para pecinta yang mempunyai keyakinan dan keinginan untuk mendapatkan pengalaman baru wangian yang mengeluarkan bau yang kuat, sesuai dengan semangat Gucci yang mentafsirkan ramuan purba dari Timur kepada moden dengan cara ikonik.
Menariknya Gucci Oud ialah keunikan serta kualiti istimewa pokok Oud yang dipilih khas, ditanam dan disucikan untuk Gucci. Oud didatangkan dari Laos dan ditanam dengan cara yang tradisional dan mampan. Selepas penyulingan kayu Oud, satu pemprosesan khas tambahan diambil untuk menghasilkan ekstrak kesucian yang sangat tinggi yang disahkan 100% semula jadi. Malah, standard kualiti tertinggi dikekalkan dalam pengeluaran ekstrak dan aroma yang dihasilkan.
Gabungan buah-buhan Pear dan Rasberry ditambahkan dengan Saffron bersama bunga mewah Bulgarian Rose dan Orange Flower. Meningkatkan keghairahan yang mendalam daripada Oud teras wangian yang mengiurkan terutamanya adalah Patchouli, ikon sebenar aroma Gucci.
1. Gucci OUD EDP 50ml RM 407
2. Gucci OUD EDP 75ml RM 547