Setiap daripada kita mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Rambut yang cukup nutrien, rambut yang tidak mendatangkan masalah seperti gugur, kelemumur, rapuh, berminyak dan pelbagai lagi yang hanya membuatkan kita stress. Malah, tidak hairan jika ada individu yang berbayar mahal untuk mendapatkan rawatan rambut terbaik bagi dirinya. Walaubagaimanapun, pemakanan yang sihat dan betul turut membantu merawat dan memberi nutrisi kepda rambut.
Kekacang – Siapa sangka kekacang mempunyai banyak kandungan yang baik untuk kesihatan rambut, terdiri daripada protein, zinc, besi, dan biotin. Pelbagai kandungan dalam kacang ini membantu memperbaiki kekeringan dan mencegah kerosakan yang dialami oleh rambut.
Bayam – Sayur-sayuran yang tinggi zat besi ini wajib untuk digemari. Bayam kaya akan kandungan vitamin dan mineral, seperti besi, beta karotena, asid folik, dan vitamin C. Kandungan ini sangat bermanfaat untuk merawat akar rambut dan menyimpan kandungan minyak dalam kulit kepala agar rambut tidak mengalami kekeringan.
Ikan Salmon – Ikan laut yang kaya Omega-3, Vitamin B12, besi, serta protein yang berkualiti tinggi ini, sangat bermanfaat untuk tubuh, termasuk rambut. Penelitian menyebutkan bahawa Omega-3 sangat bermanfaat untuk menyuburkan kulit kepala yang secara langsung akan mempengaruhi kesihatan rambut.
Blueberry – Blueberry mempunyai kandungan vitamin C tinggi yang sangat penting untuk peredaran seluruh tubuh dan kulit kepala. Selain itu, kandungan Vitamin C membantu melancarkan saluran darah kecil di kulit kepala yang bertugas memberi pengambilan makanan pada akar rambut. Jika akar rambut kuat maka pertumbuhan rambut akan tumbuh lebat dan sihat.
Kerang – Zinc, kandungan mineral yang sering kita dengar ini, ternyata ada dalam dalam cengkerang dan berfungsi sebagai antioksidan pada rambut. Adanya antioksida membuat rambut sihat dan lebih dilindungi sehingga tetap kuat dan tidak mudah patah.