Kalau biasanya kita dikejutkan dengan kes rogol sumbang mahram yang melibatkan bapa dan anak perempuan, nampaknya kini sudha terbalik. Semalam , portal berita utama Harian Metro dan Kosmo! melaporkan yang seorang pelajar sekolah tingkatan tiga didakwa tergamak merogol ibu kandungnya sendiri.
Kejadian berlaku di Taman OUG , Sri Petaling pada jam 2 pagi. Wanita tersebut bekerja sebagai pelayan sebuah pusat hiburan . Ketika kejadian, ibu berusia 44 tahun tersebut baru pulang daripada kerja dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri telah masuk ke dalam bilik anak lelakinya . Selepas wanita tersebut sedar lebih kurang dua ke tiga jam kemudian , dia melihat anak lelakinya berada di atas tubuhnya dalam keadaan bogel.
Marah dengan hal tersebut, wanita tersebut telah memukul anaknya dan kemudiannya memaklumkan kepada jirannya sebelum disarankan membuat laporan polis.
Kedua-dua akhbar juga melaporkan bahawa pelajar tingkatan tiga tersebut sedang melihat bahan lucah sebelum ibunya secara tidak sedar masuk ke biliknya.
Polis telah menahan pelajar tersebut untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 376 (3) kanun keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram dan ibunya pula dibawa ke Pusat Perubatan Kebangsaan Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.
Inilah padahnya dan kesan negatif minum arak dan juga penyebaran bahan pornografi yang tidak dibendung. Pada anda, di mana silapnya apabila kes sumbang mahram sebegini terjadi. Salah si ibu yang minum arak dan mabuk atau anak di bawah umur yang menonton bahan lucah?