Dolce & Gabbana kini memperkenalkan dua haruman baru edisi terhad Dolce & Gabbana Light Blue: Escape to Panarea untuk wanita dan Discover Vulcano untuk lelaki.
Wangian sensual dan romantis ini mengambil inspirasi latar belakang kehangatan Mediterranean dan juga kesegaran laut biru. Nama “Panarea” dan “Vulcano” diambil sempena nama dua pulau romantis . Kedua haruman ini menampilkan wangian dari nota Amber dan Musk diadun dengan kesegaran sitrus.
Escape to Panarea mengenengahkan wangian woody-muskyolfactive dengan adunan Calabrian Bergamot dan Pear dan nota utama Jasmine dan Orange Blossom. Diharmonikan lagi dengan Ambergris,Patchouli, Tonka Beans, dan Warm Musky
Discover Vulcano pula adalah dari keluarga woody -chypreolfactive dengan nota atas Lemon Itali dan Halia bersama kelembutan rumput Cypress dan Lavender di tengah-tengah. Nota pangkalan harmoni pula berbaur Haiti Vetiver, Cedar Wood, dan
bau musky amber Ambrox.
Didatangkan juga dengan bungkusan botol yang menarik, haruman ini boleh didapati dengan harga berikut :
Dolce&Gabbana Light Blue Escape to Panarea
Eau de Toilette 25ml RM206
Eau de Toilette 50ml RM283
Eau de Toilette 100ml RM372
Dolce&Gabbana Light Blue Discover Vulcano
Eau de Toilette 40ml RM206
Eau de Toilette 75ml RM256
Eau de Toilette 125ml RM345