Sebuah jet penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Ireland apabila salah seorang penumpang dilaporkan ingin melahirkan anak.
Krew penerbangan Delta Airlines mengisytiharkan kecemasan perubatan semasa kapal terbang tersebut dalam perjalanan ke Atlanta dari Amsterdam,melalui Blackpool, England.
Jet tersebut membawa seramai 230 penumpang dan anak kapal, mengubah haluan ke Lapangan Terbang Shannon untuk membolehkan wanita itu dibawa ke hospital. Wanita tersebut sedang mengandung melebihi peringkat 39 minggu dan telah selamat melahirkan anaknya tidak berapa lama selepas dimasukkan ke hospital.
Penerbangan tersebut kemudiannya meneruskan penerbangan setelah 2 jam melakukan pendaratan tersebut. Tidak seperti syarikat penerbangan lain yang memerlukan wanita hamil untuk menyediakan surat persetujuan atau surat dari doktor ataupun bidan jika mereka ingin terbang dalam tempoh sebulan dari tarikh yang sewajarnya, Delta Airlines tidak mempunyai polisi sedemikian. Menurut pakar perbidanan dan sakit puan dari The Royal College juga, berkata tidak ada risiko yang signifikan yang dikaitkan secara langsung dengan perjalanan udara semasa hamil, walaupun pada usia kandungan yang matang .