Kempen Ice Bucket Challenge yang dilancarkan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit ALA dan mengumpul dana bagi Persatuan ALS telah menjadi viral di media sosial dan mendapat perhatian meluas . Malah ianya turut disertai selebriti dan tokoh terkenal seperti Selena Gomez, David Becham, Mark Zuckerberg , Khairy Jamaluddin, Datuk Sri Nazri Aziz dan ramai lagi .
Terbaru di Gaza, penduduknya telah melancarkan cabaran ini versi tersendiri. Jika Ice Bucket Challenge memerlukan penyahut cabaran bermandikan sebaldi ais , berbeza dengan negara yang sedang mengalami peperangan ini dimana peserta perlu bermandi sebaldi debu dan sisa runtuhan bangunan.
Melalui video yang menampilkan seorang wartawan Palestine bernama Ayman al Aloul, idea ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada dunia tentang Gaza. Menyukai idea Ice Bucket Challenge, namun menurutnya, di Gaza, air sangat bernilai untuk dibazirkan begitu sahaja, malah sumber air di sana juga sukar untuk disejukkan menjadi ais. Jika Ice Bucket Challenge berobjektif untuk mengumpul dana kewangan, matlamat Aloul adalah lebih sederhana. Beliau berkata, berbanding ‘bantuan material’,apa yang beliau mahukan adalah ‘perpaduan dan sokongan’ orang ramai seluruh dunia buat penduduk Gaza.
Tambahan lagi, jika Ice Bucket Challenge boleh mendapat sokongan dan perhatian individu yang berprofil tinggi, beliau juga mengharapkan sokongan serupa daripada pihak berkenaan. Kempen ini juga tidak ditujukan spesifik untuk mana-mana pihak sebaliknya untuk semua pihak yang versimpati terhadap rakyat Palestine.
“Kami tidak mempunyai air, ini ( sisa runtuhan bangunan) sahaja yang kami ada. Mungkin , saya tidak akan menemui air untuk mencuci debu ini apabila saya tiba di rumah” kata wartawan tersebut setelah melakukan cabaran tersebut sebagai orang pertama .
Untuk pengetahuan anda, “cabaran mandi ais” dibuat dalam Ice Bucket Challenge atas rasional untuk membuatkan peserta merasa sebentar “kejutan berasa kaku” seperti dialami oleh pesakit ALS yang mengalami kegagalan sistem saraf yang membawa pesakit kepada kondisi lumpuh sepenuhnya.
Jadi kempen yang telah mula mendapat sokongan di laman sosial dengan tag #RemainsBucketChallenge #rubblebucketchallenge dan #dustbucketchallenge ini pula akan memberi lebih kesedaran tentang apa yang dialami oleh penduduk di sana ketika ini. Hampir 500 000 ribu penduduk di sana telah kehilangan rumah dan tempat berlindung akibat bedilan tentera Israel.