Dalam satu kajian, penyelidik SK-II mendapati terdapat hubungan intrinsik di antara penggunaan jangka panjang SK-II Facial Treatment Essence dan kualiti kulit apabila usia meningkat. Pengguna jangka panjang Essence yang bermula pada usia 20an menikmati kulit yang lebih baik pada usia 30an dan 40an. Lebih mengkagumkan, 9 daripada 10 pengguna setia memiliki kulit yang lebih baik berbanding bukan pengguna dalam kumpulan usia yang sama, dengan 7 daripada 10 memiliki kulit yang lebih baik berbanding bukan pengguna yang berusia 10 tahun lebih muda.
Diinspirasikan oleh Kajian Skin Destiny, SK-II berazam untuk membantu wanita dan lelaki seluruh dunia untuk mengubah takdir kulit mereka dan menerokai rahsia kekal jelita. Untuk menunjukkan revolusi kecantikan ini, SK-II akan mendirikan SK-II PiteraTM House yang pertama di Malaysia di Publika (The Square) di Kuala Lumpur mulai 7 Oktober hingga 14 Oktober 2014.
Pamerkan Revolusi Kecantikan “Takdir Kulit”
Kedai pop-up unik SK-II ini akan mempamerkan revolusi kecantikan terkini “Takdir Kulit” dan menelusuri kejayaan produk anti-penuaan dan pelbagai inovasi sehingga ke rangkaian STEMPOWER. Pengunjung juga akan menikmati analisis kulit melalui teknologi canggih yang dihasilkan SK-II di kedai pop-up kami.
Magic Ring akan memberi pengalaman khidmat nasihat kulit yang bermutu dengan menggunakan teknologi analisis kulit terkini yang mengenalpasti masalah dasar pada kulit, seterusnya membolehkan SK-II menghasilkan rutin penjagaan kulit yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan kulit dan menjadikannya cerah berseri.”
SK-II akan menyediakan satu pengalaman SK-II II PiteraTM House yang menakjubkan dengan satu majlis pelancaran pada 10 Oktober dengan konsert mini pada jam 5 petang yang akan menampilkan artis indie ternama Malaysia. Ia diikuti majlis perasmian pada jam 6 petang yang akan menampilkan selebriti tempatan termasuk duta SK-II Malaysia, Fauziah Latiff dan ramai lagi selebriti lain seperti Atilia Haron, Daiyan Trisha and Fynn Jamal di dalam konsert mini #ChangeDestiny.
Bermula 7 Oktober 2014, orang ramai digesa mengunjungi SK-II PiteraTM House untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keajaiban SK-II dan mendapatkan pemeriksaan kulit percuma dengan Magic Ring sebelum memulakan perjalanan transformasi kulit untuk kekal SK-II juga akan mengadakan bengkel khas Takdir Kulit di SK-II PiteraTM House.
Pengunjung wanita boleh menyertai bengkel khas oleh SK-II yang akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Oktober 2014. Terdapat dua sesi setiap hari pada 11 dan 12 Oktober 2014 dengan sesi pertama bermula jam 11 pagi hingga 1 petang dan sesi kedua pada 3 petang hingga 5 petang manakala pada 10 Oktober hanya ada satu sesi yang bermula pada 11 pagi hingga 1 petang. Mereka boleh prabeli baucar untuk menghadiri bengkel tersebut di kaunter SK-II terpilih pada harga RM200 dimana mereka dapat menebus produk-produk SK-II di SK-II PiteraTM House pada tarikh tersebut.
Baucar untuk bengkel khas Takdir Kulit SK-II boleh didapati di kaunter-kaunter SK-II di pasarraya AEON terpilih mulai 1 September 2014 sehingga stok masih ada.
- AEON BANDAR BARU KLANG 012-697 2365
- AEON BANDAR UTAMA 012-658 2635
- AEON MID VALLEY 012-698 2635
- AEON TAMAN MALURI 012-678 2653
- AEON BUKIT TINGGI 012-661 3562
- AEON WANGSA MAJU 012-697 2365
Selain itu, terdapat promosi Kawan Bawa Kawan yang membolehkan anda menerima SK-II Facial Treatment Cleanser 20g bernilai RM37 sekiranya rakan anda membeli PiteraTM Essence Set (PES) dan mendaftar menjadi ahli kelab kristal. Sekiranya anda membawa 2 rakan untuk membeli set PES dan mendaftar sebagai ahli kelab, anda akan menerima 2 botol Facial Treatment Cleanser 20g bernilai RM74.
SK-II PiteraTM House akan diadakan di The Square @ Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Sri Hartamas pada 7 hingga 14 Oktober bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.