Dilakukan secara terancang dan besar-besaran, gambar bogel ramai selebriti terkenal termasuk pelakon filem Hunger Games dan pemenang Oscar, Jeniffer Lawrence dan penyanyi pop Rihanna kini tersebar di Internet gara-gara penggodam. Ia dipercayai dilakukan penggodam yang melakukan pencerobohan terancang dan besar-besaran ke atas akaun peribadi selebriti terkenal.
Ketika beberapa artis mendakwa gambar berkenaan adalah palsu, Jennifer sebaliknya mengakui ketulenan imej yang tersebar itu. Aktres yang merangkul anugerah Oscar melalui filem Silver Linings Playbook itu berkata, dia berasa pelik apabila gambar peribadi miliknya diserang oleh orang yang tidak dikenali.
Ejen Jennifer pula berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab membocorkan data berkenaan.
“Ini jelas melanggar privasi. Pihak berkuasa telah dimaklumkan, mereka akan mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menyebarkan gambar Jennifer,” katanya.
Hasil penggodaman itu sejumlah gambar bogel Jennifer disebar di Internet, termasuk beberapanya adalah selfie. Selebihnya diambil oleh pihak kedua atau ketiga. Menurut media, gambar berkenaan diperoleh apabila penggodam menceroboh akaun iCloud, Mashable dan beberapa media sosial lain.
Turut menjadi sasaran, Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Panettiere dan penjaga gol skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Hope Solo. Tidak cukup dengan itu, akaun artis lain seperti Hilary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer dan Kim Kardashian juga diceroboh.