Minum kopi dan tidur adalah dua perkara yang menjadi pilihan kebanyakan orang untuk menghilangkan rasa mengantuk atau mengembalikan kecergasan dan kembali fokus.
Namun kajian terbaru saintis ini mendedahkan bahawa, anda tidak perlu memilih antara dua perkara ini, sebaliknya memilih untuk melakukan kedua-duanya sekali untuk kesan yang maksimum. Caranya adalah minum kopi dan kemudiannya tidur sebentar selama lebih kurang 15- 20 minit.
Digelar ‘tidur kopi’, penyelidik mendakwa bahawa secawan kopi sebelum tidur dapat meningkatkan dan mempercepatkan kesan kafein pada otak. Apabila seseorang minum kopi, kafein diserap melalui usus kecil dan masuk ke dalam aliran darah. Di sini, ia melintasi ke dalam otak di mana ia terkunci pada reseptor yang biasanya diisi oleh molekul berbentuk sama dikenali sebagai adenosina. Adenosine adalah penyebab kita berasa letih secara semula jadi. Apabila ia berhubung dengan reseptor, ia menyebabkan mengantuk dengan memperlahankan aktiviti sel saraf.
Tetapi apabila kunci kafein kepada reseptor, ia mempercepatkan sel-sel saraf. Proses meminum secawan kopi untuk berasa kurang mengantuk mengambil masa kira-kira 20 minit. Tidur secara semula jadi dapat membuatkan trifosfat hilang dari otak. Ini bermakna tidur sekejap selama 20 minit akan mengurangkan tahap trifosfat tepat pada masanya untuk kafein bertindak balas.
Penyelidik di Loughborough University mendapati peserta yang mempraktiskan ‘tidur kopi’ atau ‘coffee nap’ kurang melakukan kesilapan ketika simulator memandu, walaupun mereka mempunyai masalah tidur. Dalam kajian yang berbeza pula,”tidur kopi” dapat membuatkan seseorang bertahan dalam tempoh lama walaupun mendapat tidur yang tidak sempurna.