Mesti bestkan laman sosial hanya untuk wanita? Seorang bekas pekerja Facebook yang juga seorang wanita telah menawarkan ruang di mana wanita boleh bercakap dan berkomunikasi secara bebas tanpa gangguan daripada lelaki.
Bekas pekerja Facebook , Susan Johnson menubuhkan laman sosial Women.com yang merupakan sebuah platform soalan dan forum di mana pengguna boleh membincangkan tentang kerjaya, hubungan, kesihatan, seks, kecantikan, keibubapaan, politik, fesyen dan banyak lagi. Bagaimana mahu menyertai Women.com? Anda perlu ada akaun Twitter atau melalui Facebook Connect dan meminta ‘invite’ daripada pengguna Twitter/Facebook yang merupakan ahli yang telah mendaftar dengan Women.com.
Pasukan pengurusan komuniti Women.com akan memantau ahli untuk mengelakkan masalah trolling dan kebencian serta menggalakkan perbualan mengenai isu-isu yang sukar dalam cara yang lebih positif. Beberapa orang lelaki cuba untuk menjadi ahli, tetapi apabila dikenalpasti, mereka telah dikeluarkan daripada portal itu.
Ppengguna akan mendapat akses melalui Facebook Connect, yang berpotensi mengehadkan lelaki untuk memasuki portal itu melalui profil palsu. Wanita transgender yang dikenalpasti sebagai wanita juga boleh menyertai laman sosial itu. Tidak seperti Facebook, yang memberi tumpuan kepada kemas kini perkongsian foto dan status, mereka memilih untuk menganjurkan soalan dan jawapan kerana mereka percaya satu soalan yang baik adalah asas perbualan yang besar di antara rakan-rakan wanita.