Bagaimana perasaan anda jika menerima sebuah villa, kereta, penjagaan kesihatan, pendidikan, dan perkhidmatan lain secara percuma? Itu semua sebahagian daripada perjanjian jika anda menjadi salah seorang rakyat bertuah Kampung Huaxi di China.
Kampung Huaxi terletak di Jiangyin City terletak berhampiran pantai timur China dan barat laut Shanghai. Ia terkenal kerana merupakan sebuah kampung pertanian yang paling kaya di seluruh China. Kira-kira 2,000 rakyat yang berdaftar di kampung ini dikatakan mempunyai pendapatan tahunan sebanyak sekurang-kurangnya 100,000 euro ( lebih dari RM400,000), dan mampu menikmati faedah penuh di mana-mana kawasan yang kaya.
Kampung Huaxi hari ini disebut-sebut sebagai model sebuah kampung sosialis berjaya. Ditubuhkan pada tahun 1961, ia bermula sebagai sebuah kampung pertanian miskin, tetapi secara beransur-ansur berubah menjadi kuasa ekonomi terbesar, melalui usaha hebat Wu Renbao-an, bekas Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis kampung itu. Beliau menyelia pembangunan pelan menuju ke arah bandar perindustriandan mewujudkan industri syarikat multi-sektor, di samping menggubal satu sistem pertanian kolektif. Wu akhirnya meletakkan syarikat itu di bursa saham pada tahun 1990-an, dan penduduk kampung telah didaftarkan menjadi pemegang saham syarikat.
80% daripada pendapatan kasar tahunan mereka ditolak untuk membayar cukai, tetapi sebagai balasan semua rakyat yang didaftarkan disediakan dengan villa, kereta baru (model mewah biasanya berjenama Volkswagen atau Citroën), penjagaan kesihatan percuma, akses percuma kepada pendidikan, penggunaan percuma helikopter di bandar untuk bersiar-siar, penggunaan percuma kemudahan dan perbelanjaan makan di hotel mewah di bandar ini, dan banyak lagi! Wanita yang berusia lebih 50 tahun dan lelaki lebih 55tahun juga menerima pencen bulanan bersama-sama dengan bekalan nasi dan sayur-sayuran.