Before “The Conjuring,” there was ANNABELLE. Mezco Toyz mengumumkan bahawa mereka tidak lama lagi akan memasarkan versi Annabelle, anak patung perempuan yang sangat menakutkan, diperkenalkan dalam filem seram The Conjuring.
Annabelle? Anak patung perempuan yang sungguh mengerikan ini mula diketengahkan di dalam filem The Conjuring pada tahun 2013. The Conjuring memberi tumpuan kepada Warrens, pasangan suami isteri yang merupakan detektif dalam percubaan mereka untuk membantu keluarga yang diganasi oleh syaitan.
Ingin tahu bagaimana kisah anak patung Annabelle? Annabelle akan muncul di pawagam pada 3 Oktober depan yang memberi tumpuan kepada cerita asal-usul kewujudan patung tersebut.
Sinopsis – Memaparkan kisah Mia dan John, sepasang suami isteri yang diganggu oleh makhluk halus yang dipercayai berpunca dari sebuah anak patung yang dibeli oleh John dan dibawa ke rumah. Beberapa kejadian pelik dan menyeramkan mulai menyelubungi kehidupan mereka.