Video perkahwinan ini menjadi viral pada 4 September 2014 selepas Era FM & Era TV memuat naik video tersebut di laman Facebook mereka. Persoalannya, apa yang membuatkan video tersebut menjadi viral?
Keunikannya ialah majlis perkahwinan tersebut bertemakan Kesultanan Melayu Melaka yang sememangnya jarang dibuat lebih-lebih lagi pada zaman penuh canggih sekarang. Jom lihat apa yang menarik pada majlis perkahwinan yang sudah mencecah 28,921 viewer di Youtube. Kalau nak tahu, video ini dimuat naik sudah hampir empat tahun di Youtube CST Production.
- Video ni dimulakan dengan mempamerkan suasana seperti berada di sebuah istana singgahsana raja.
- Tetamu mula sampai di perkarangan istana, masing-masing dengan pakaian tradisional zaman dahulu kala.
- Mempelai tiba dengan berpakaian serba kuning, persis Sultan dan Permaisuri Melaka. Epik lagi siapa pembacaan perutusan bergulung.
- Terdapat dayang-dayang istana yang mempersembahkan tarian.