Penulis berpeluang untuk menggunakan telefon pintar HTC Desire 610 dan apa yang boleh dikatakan terdapat pelbagai kelebihan pada telefon pintar, Desire 610 menawarkan gabungan prestasi cemerlang serta hiburan terbaik khusus untuk pengguna sehingga menjadikan telefon pintar mampu milik ini setanding dengan telefon pintar lain.
1. Kamera
Lumrah wanita, perkara pertama yang dilihat wanita pada telefon pintar ialah ‘cantik atau tidak kamera’. Jadi, Desire 610 mempunyai keupayaan kamera 8 megapiksel. Dari segi kualiti gambar, warna yang dihasilkan agak baik pada waktu siang namun terdapat sedikit masalah dari segi ketajaman dan masalah overexpose apabila keadaan sekitar terlalu terang.
Dari segi kamera hadapan pula ia dibekalkan dengan kamera 1.3 megapiksel yang turut membolehkan rakaman video 720p dibuat daripadanya. Kualiti kamera hadapan saya boleh katakan agak baik untuk tujuan selfie dan memberikan hasil pencahayaan yang terang pada gambar yang diambil. Jadi bolehlah anda muatnnaik gambar yang cantik–cantik dan berkualiti ke dalam akaun Instagram dan Facebook.
CONTOH KUALITI GAMBAR HTC DESIRE 610
2. Skrin
Mungkin jika dilihat dalam gambar, saiz telefon pintar ini agak besar tetapi bila pegang sendiri ternyata ianya sangat selesa. HTC Desire 610 hadir dengan skrin 4.7-inci yang bagi saya agak selesa.
3. Penggunaan internet yang lancar dan tiada langging
Bagi penulis yang sentiasa dengan telefon pintar untuk kemaskini Twitter, Facebook, Email dan pelbagai lagi social media, jika berhadapan dengan telefon lag atau hang sememangnya memberikan situasi yang sukar dan sangat menjengkelkan. Jadi, sepanjang penulis menggunakan telefon ini, segalanya mudah dan lancar. HTC Desire 610 menawarkan prestasi pantas menggunakan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 1.2 GHz.
4. Audio
Aplikasi BoomSound pula diketengahkan dengan binaan pembesar suara stereo di bahagian hadapan beserta amplifier dalam pula memberikan bunyi terbaik kepada pengguna ketika menonton video atau mendengar muzik.
5. Jangka Masa Bateri
Satu lagi perkara yang menarik minat saya pada telefon mampu milik ini ialah ketahanan bateri pada peranti. Jika kamera kerap lemah dan cepat habis, ia hanya mendatangkan amarah tetapi pada saya penggunaan bateri yang idea adalah dapat bertahan sepanjang hari. Bermakna, jika saya keluar rumah pada waktu pagi, peranti masih lagi dapat bertahan sehingga ke waktu petang ataupun malam sebelum perlu disambungkan ke pengecasan semula.
Ketahanan bateri 2040 mAh pada Desire 610 bagi saya mencatatkan hasil penggunaan yang sangat baik dan konsisten. Lebih-lebih lagi untuk individu yang sentiasa berdamping dengan telefon pintar mereka dalam kemaskini Twitter, Instagram, Whatsapp, Facebook. Jadi, penting untuk memastikan bateri sentiasa konsisten.
Bukan itu sahaja, Desire 610 mempunyai aplikasi extreme power saving mode, di mana anda boleh meletakkan telefon pintar anda dalam keadaan saving mode jika langsung tidak menggunakannya, bertujuan untuk jangka masa bateri lebih lama.
6. Rekaan
Reka bentuk bahagian belakang Desire 610 ialah reka bentuk gris-magnet plastik, kalau dilihat sama seperti iPhone 5c. Menariknya lagi, jika anda seorang fashionista, ini mungkin telefon pintar yang sesuai untuk anda kerana ianya didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu hitam, putih, merah, grey dan juga hijau. Sangat stailo!
Rumusan
Apa yang positif ialah telefon mampu milik ini mempunyai ketahanan bateri sangat baik dan mampu bertahan selama sehari. Manakala, kurang menyukai dengan darjah skrin agak teruk dan sukar dilihat di bawah sinaran matahari.