Gara-gara menelefon dan menghantar SMS kepada bekas kekasih sebanyak 21,807 kali, seorang lelaki berusia 33 tahun di Perancis dijatuhi hukuman penjara. Lelaki ini dihukum penjara 10 bulan dan denda 1000 euro ( RM4,400) oleh mahkamah di Lyon.
Defendan yang tidak disebut namanya, juga perlu menjalani pemeriksaan psikiatri. Lelaki itu dilaporkan berkata bahawa dia telah cuba untuk menghubungi bekas teman wanitanya kerana dia sedang mencari pampasan dalam bentuk wang untuk segala pembaikan yang dilakukan di apartmen mereka. Menurutnya lagi, dia melakukan semua itu agar bekas teman wanitanya mengembalikan wang yang telah dihabiskan, atau sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih.
Lelaki yang berasal dari Rhone, Perancis itu menerima hukuman yang dijatuhkan. Dia juga tidak keberatan dibawa ke klinik pesakit iwa untuk menyembuhkan depresinya.
Kata peguam lelaki tersebut, Manuella Spee, sebenarnya bekas teman wanita sudah menyekat sambungan telefon, tapi lelaki itu menghubungi ibu bapa wanita itu dan tempat kerjanya. Beliau dikatakan telah membuat panggilan, secara purata, 73 kali sehari.