Sebuah syarikat makanan telah mencipta rangkain bar tenaga yang diperbuat daripada cengkerik dikisar.Bar protein ini dihasilkan daripada tepung kriket yang melibatkan proses seperti penghapusan kelembapan dan pengisaran cengkerik.
Lebih menarik, bar tenaga berasaskan cengkerik ini juga ditawarkan dalam pelbagai pilihan perasa antaranya, Cacao Nut , Peanut Butter, Jelly flavour ilham dari pengasas bernama Gabi Lewis dan Greg Sewitz yang berasal dari Los Angeles , California. Kedua pengasas ini juga berharap usaha mereka ini akan membantu menangani permintaan sumber protein yang semakin meningkat di dunia pada masa akan datang.
Syarikat mereka, EXO, telah menjalankan penyelidikan yang dan menemui bahwa cengkerik mempunyai nisbah protein yang amat tinggi . Mereka mendapati cengkerik mengandungi 69 peratus protein mengikut berat kering manakala dada ayam pula hanya (31 peratus) dan daging pinggang stik (29 peratus) di mana ia jauh lebih rendah.Berdasarkan penyelidikan tersebut juga, serangga juga 20 kali lebih efisyen sebagai sumber protein berbanding lembu serta mengandungi 80 kali kurang metana.
Yang pastinya makanan ini tidak atau mungkin belum dipasarkan di Malaysia. Rasanya menjadikan cengkerik sebagai makanan bukanlah perkara yang baru di pendegaran kita namun ianya tentu sekali dianggap sebagai makanan eksotik dimana bukan semua orang berani mencuba untuk memakannya. Kalau penulis sendiri pun memang loya dan kembang tekak untuk mencubanya.
Negara Loas misalnya pernah dilaporkan membuat ternakan serangga ini untuk dijadikan sumber makanan (Sumber) . Namun dari segi agama , penulis kurang pasti samaada ianya halal dimakan atau tidak. Tapi apapun , selepas membaca artikel ini, ada rasa teringin tak nak cuba mencubanya?
[Sumber ]