Gambar di atas ini dikatakan lucah? Tak tahu di mana angle yang dikatakan lucah itu. Pelakon Siti Saleha tampil menerangkan situasi di mana dia sendiri tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.
“Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.
“Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial,” katanya kepada mStar online.
Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.
Menurutnya lagi, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya malah mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.