Awal pagi semalam, seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Alor Gajah cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali oleh seorang lelaki dalam satu rompakan di Pangsapuri Dimensi.
Difahamkan, mangsa, Siti Irina Ridzwan, 20 tahun merupakan pelajar Diploma Komunikasi Massa sedang tidur tidur di sebuah bilik di tingkat satu pangsapuri berkenaan manakala empat lagi rakannya berada di dua bilik berasingan. Kemudian, mangsa didatangi didatangi seorang lelaki berumur 30-an yang bertindak menekan dada wanita tersebut dan memintanya untuk diam.
“Mangsa bertindak melawan dan menjerit sebelum suspek menikam mangsa menggunakan pisau sebanyak enam kali di bahagian dada dan tangan. Suspek kemudian melarikan diri dengan terjun dari balkoni bersama dua kunci kereta dan tiga beg duit milik mangsa dan rakannya,” jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abd Rahman Jid.
Abd Rahman berkata rakan Siti Irina yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi ambulan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Siasatan awal polis mendapati suspek memasuki pangsapuri berkenaan melalui pintu di bahagian balkoni yang tidak berkunci. Polis menahan dua lelaki dipercayai rakan suspek yang turut tinggal di blok sama pangsapuri itu pada 6.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Sinar Harian & mstar Online