Ujian Sains untuk Peperiksaan Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah bocor dan tarikh untuk ujian tersebut itu telah ditunda dari 11 September kepada 30 September ini. Sepatutnya ujian tersebut bakal diduduki pada hari ini.
“Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mendapati bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada 8:15-09:30 , 11 Sept, telah bocor,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa kandungan kertas telah tersebar melalui media sosial.
Ia berkata satu laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan tindakan undang-undang sepenuhnya.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh melalui akaun Twitternya telah meminta maaf kepada pelajar dan ibu bapa atas perkara tersebut.
Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir murid -murid tahun enam yang menduduki UPSR menduduki peperiksaaan. Pada yang belum cukup persediaan mungkin lega dengan pengumuman ini namun pada yang sudah bersedia , kesian pulak.
– via The Star Online