Kanak-kanak di Tadika Q-dees Pandan Indah telah menyertai sesi pembelajaran yang bermanfaat mengenai kebersihan dan kepentingan tangan yang bersih, anjuran Dettol. Program jangkauan ke prasekolah ini adalah sebahagian daripada kempen Hygiene Tour Dettol dimana kanak-kanak diajar 7 langkah pencucian tangan melalui aktiviti-aktiviti menarik. Ini merupakan tahun ke-3 Dettol menganjurkan lawatan ke prasekolah-prasekolah. Program ini telah berjaya dijalankan di 500 Prasekolah Q-dees sejak tahun 2012.
Sebagai Jenama Perlindungan Kuman No 1 Malaysia, Dettol percaya bahawa perlindungan dari kuman yang paling berkesan adalah dengan membasuh tangan dengan kerap. Tabiat kebersihan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan keseluruhan fizikal dan intelek. Dalam usaha membina kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di rumah, Dettol bukan sahaja menyediakan produk perlindungan dari kuman yang berkesan tetapi juga menanam tabiat kebersihan tangan kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti menarik di Tour prasekolah ini.
Program di Q-dees Pandan Indah ini bermula pada pukul 8 pagi dan melibatkan 270 murid berumur 3 hingga 6 tahun dan 20 kakitangan sekolah. Program bermula dengan pengenalan tentang kebersihan kemudian diteruskan dengan wadah video animasi yang memaparkan Dettol Boy sebagai wira kebersihan, permainan dan demonstrasi 7 langkah pencucian tangan.
Hygiene Tour Dettol telah membuat lawatan ke 49 Prasekolah Q-dees di sekitar Lembah Klang dari bulan April hingga Ogos tahun ini. Kira-kira 5,678 pelajar telah mempelajari 7 langkah pencucian tangan daripada lawatan tahun ini.