Kota Kayakoy merupakan salah satu bandar paling menyeramkan dan digelar ‘kota berhantu’ oleh sesetengah pelancong. Ia telah ditinggalkan hampir 100 tahun yang lalu selepas Perang Dunia Pertama dan kini ia bakal dilahirkan semula sebagai hab pelancongan utama.
Oleh kerana ia dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan ‘pelik’ dan semakin popular, kerajaan Turki kini sedang melelong pajakan 49 tahun kota terpencil itu sebagai balasan untuk pemulihan kota tersebut. Terletak di kawasan pergunungan Taurus, kampung itu mempunyai ratusan rumah batu yang ada daripadanya runtuh dan dua gereja.
Kerajaan Turki telah mengumumkan sebahagian kawasan tersebut akan dibuka menjadi tapak arkeologi kepada pelabur dan projek pemulihan akan merangkumi sebuah hotel dan kemudahan pelancongan yang akan merangkumi satu pertiga daripada kota tersebut. Projek ini dijangka menelan belanja kira-kira RM40 juta dan dua syarikat telah menyatakan minat untuk membida tanah di kawasan itu , tetapi pengkritik telah memberi amaran bahawa bandar boleh kehilangan keaslian.
Kayakoy, bandar Keamanan Dan Persahabatan Unesco, terletak di Semenanjung Fethiye, tidak jauh dari pantai Aegean.
Kampung itu ditinggalkan apabila penghuninya kembali ke Greece dalam pertukaran penduduk antara kedua-dua negara pada tahun 1923 selepas Perang Greco-Turki.
Kalau dilihat betul-betul, bandar berhantu ini tidaklah seseram mana pun pada waktu siang. Boleh dikatakan, pemandangan di sini amat cantik dan masih terjaga biarpun banyak bangunan yang sudah runtuh.