Baru-baru ini rakan Facebook penulis ada berkongsi status sebuah laman Facebook yang menjual produk berbahaya iaitu Pil Gugur Kandungan secara terang-terangan. Ya, begitu mudah wanita sekarang mendapatkan pil atau produk untuk menggugurkan kandungan pada masa kini. Laman ini yang baru sahaja mendapat 37 pengikut telah dikecam hebat oleh pengguna media sosial kerana bukan sahaja menjual pil tersebut secara haram tetapi ia boleh menyebabkan masalah sosial semakin berleluasa.
Ini adalah di antara kandungan laman Facebooknya yang diuruskan oleh lelaki bernama Syed di talian 0166676079 :
Menurut laman web mereka, ubat yang mereka jual adalah seperti :
- Cytotec
- Cyprostol
- Gymiso
- Misotrol
- Mibetec
- Oxaprost
- Prostokos
Pihak tidak bertanggungjawab ini juga berkongsi mengenai kos pengguguran janin yang dilakukan di klinik swasta dengan bayaran sehingga RM3000 mengikut usia kandungan. Selain itu juga, menurut mereka, harganya kosnya agak mahal iaitu 1 biji/200mg RM40 dan dos keperluan mengikut tahap kandungan anda minimum 15biji + cas pemeriksaan yang doctor kenakan di klinik swasta adalah tinggi.
Pihak tidak bertanggungjawab ini bertindak menjual produk ini di internet kerana menurut kenyataan di laman web mereka, jika dilakukan di klinik, biasanya pihak klinik akan meminta kad pernikahan suami isteri yang sah kerana ia dikatakan ubat kawalan dan takut disalah guna oleh generasi muda untuk mengugurkan kandungan akibat terlanjur. Jadi mereka menjadi inisiatif kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai hubungan suami isteri yang sah.
Mereka juga mendakwa mempunyai jalan alternatif bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk mencuci kandungan dengan tidak sebarang kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, blog pihak tidak bertanggungjawab ini telah ditutup.
Selepas kami membuat sedikit pencarian, sebenarnya terdapat banyak lagi laman Facebook yang menjual ubat untuk menggugurkan janin, pengecutan rahim atau dengan kata lain mencuci rahim di internet dan juga laman Facebook.
1. Facebook Cytotec Misoprostol
Pil berbahaya ini juga dijual secara berleluasa di internet. Berikut adalah beberapa testimoni yang kami dapat dari internet.
Berikut adalah hukum menggugurkan kandungan menurut Fatwa Majlis Kebangsaan :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: “Adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.” Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-52 pada 1 Julai 2002 juga telah membincangkan isu Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
a) “Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.”