Penukaran tarikh sambutan Hari Deepavali yang disambut oleh penganut Hindu daripada 23 Oktober telah bertukar kepada 22 Oktober. Penukaran tersebut telah diumumkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan antara Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan Persekutuan menerusi warta kerajaan yang bertarikh 6 December 2013 mengumumkan penukaran tarikh itu dibuat oleh Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’.
Setiausaha kuil Itu menyatakan penukaran tarikh Deepavali tahun ini diputuskan selepas mendapat nasihat daripada pelbagai badan agama di India memandangkan kalendar Hindu berubah mengikut pergerakan planet.
Penganut Hindu menyambut Deepavali pada ‘Saturthasi Thidi’ iaitu hari ke-14 hari bulan ‘Iypasi’. Sambutan Perayaan Deepavali bermula pada terbit fajar 22 Oktober dan berakhir pada terbit fajar keesokan harinya.