Kita sedia maklum bahawa kos untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan memang tinggi. Perkara ini juga menjadi salah satu faktor kenapa ramai pasangan kekasih menangguhkan perkahwinan mereka dan punca ramai yang memilih untuk hidup membujang. Malah ramai juga wanita yang mengorbankan majlis perkahwinan impian mereka dek kerana tidak mampu menanggung kos yang terlampau tinggi.
Namun, bagi Katie Slaney, wanita dari England ini bijak mengambil inisiatif dalam merealisasikan majlis perkahwinan impiannya tanpa membelanjakan wang yang banyak. Memasang sasaran untuk tidak menanggung hutang dan menghabiskan wang simpanannya, wanita ini sebaliknya menggunakan kupon dan diskaun sepanjang menyiapkan hari yang begitu bermakna buat dirinya.
Katie juga mengambil langkah penjimatan dengan membuat sendiri beberapa item hari bersejarahnya termasuklah kek perkahwinannya.Beliau juga tidak menempah gaun perkahwinannya di butik sebaliknya hanya membeli gaun cantik tersebut secara online daripada peruncit di China , begitu juga dengan kasut. Lebih menjimatkan , wanita ini memilih untuk tidak mengupah jurusolek sebaliknya menyolek dan mendandan dirinya sendiri . Selain itu dia juga meminta pertolongan rakanya untuk menjadi DJ pada hari resepsi tersebut dan juga membuat photobooth sendiri.
Katie menjadikan laman web seperti Voucher Cod Pro sebagai tempat untuknya berbelanja dan akan melayarinya setiap malam untuk melihat setiap tawaran yang baru termasuklah perbelanjaan untuk jamuan para tetamunya . Wanita berusia 32 tahun ini juga banyak menjadikan laman Pinterest sebagai rujukan dan inspirasi hiasan majlis tersebut, kebanyakannya dibuat sendiri dan menggunakan idea kitar semula . Lebih menarik lagi, pasangan ini menggunakan wang hasil sumbangan rakan dan keluarga mereka untuk dijadikan perbelanjaan perjalanan bulan madu. Hasilnya? Majlis perkahwinan tersenut masih kekal classy dan pasangan ini hanya berbelanja sebanyak £2,000 berbanding belanja biasa setinggi £21,000. Memang mengkagumkan. Anda juga boleh menjimatkan belanja kahwin seperti ini dengan sedikit usaha yang lebih dan juga kreativiti. Tak mustahil bukan .
[ Sumber ]