Tindakan pemilik francais Old Town White Coffee di cawangan barunya di Austin Heights, Johor Bahru yang telah mengeluarkan satu iklan pekerjaan berbaur perkauman baru-baru ini hangat diperkatakan malah iklan tersebut sedikit menyinggung kerana syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka lebih mengutamakan pemohon dari kaum Melayu dan Cina.
Terkini, Old Town White Coffee ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa iklan itu telah dibuat oleh pemegang francais tanpa apa-apa pengetahuan terlebih dahulu atau kelulusan daripada pihak pengurusan kami. Bagi pihak Franchisee, pengurusan Old Town White Coffee ingin memohon maaf di atas kandungan iklan pekerjaan tersebut.
Pihak Old Town White Coffee telah menghubungi Directors of Paramount Grand Success Sdn Bhd (A Franchisee of OLDTOWN White Coffee) untuk membetulkan perkara ini. Mereka telah menjelaskan bahawa pengumuman iklan jawatan tidak pernah bertujuan untuk mendiskriminasi sesiapa. Walau bagaimanapun, disebabkan kecuaian mereka sendiri mengakui sesetengah pelanggan dan penyokong Old Town White Coffee telah terkeliru langsung membuat kesimpulan bahawa syarikat tersebut tidak menghormati isu perkauman. Francais ini telah melahirkan rasa kesal yang mendalam dan ikhlas memohon maaf untuk pengawasan ini.
Kami ingin menjelaskan bahawa semua Franchisees perlu mendapatkan kelulusan akhir sebelum berkongsi mana-mana dokumen yang berkaitan dengan perniagaan Old Town White Coffee. Di bawah Franchise Agreement, Old Town White Coffee mempunyai hak untuk menamatkan Franchisee tanpa notis. Walaubagaimanapun, dalam keadaan ini sebagai Franchisee masih baru dan tidak mempunyai niat buruk, pengurusan Old Town White Coffee telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Old Town.
Kami menghargai maklum balas dan sokongan daripada rakyat Malaysia dalam kejadian ini. Kami ingin menegaskan bahawa Old Town White Coffee tidak mengamalkan atau menyokong perkauman.