Isu ini sebenarnya hangat sejak awal minggu lalu dimana seorang pereka fesyen, Zharif Hariz untuk jenama Sastra Hijabs telah mendakwa pelakon dan pengacara Neelofa telah menciplak rekaan tudungnya dan menjenamakan kembali dengan nama Naelofar Hijab. Menurut dakwaan Zharif, Noor Neelofa atau nama panggilannya Lofa telah membeli tudung daripadanya sebelum ini dan tiba-tiba tidak lama selepas itu, Lofa telah mengeluarkan tudung lengkap dengan tutorial pemakaian hijab di bawah jenama terbaru miliknya Naelofar Hijab.
Sastra Hijab telah mengeluarkan tudung yang diperbuat daripada bahan cotton lycra itu sekitar tahun lepas dan menjualnya dengan harga RM49.90 untuk sehelai tudung, manakala Naelofar Hijab pula yang baru sahaja melancarkan tudung mereka bulan ini menjualnya dengan harga RM50 dengan 32 pilihan warna berbeza.
Terlalu banyak persamaan dari segi material tudung, harga, cara pemakaian dan warna pun tidak banyak perbezaan.
Sastra Hijab
Naelofar Hijab
Setakat ini pihak Naelofar Hijab tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung masalah ini, akan tetapi komen-komen pihak Sastra Hijab di Instagram Naelofar Hijab telah dipadam.
Di dalam bidang kreatif, selagi anda tidak mewartakan rekaan anda sebagai harta intelek anda, anda tidak boleh menuduh orang lain ciplak rekaan anda… kerana anda tidak boleh buktikan yang rekaan pakaian itu datang dari idea anda sepenuhnya.