Cabaran #quranchallenge ( Cabaran Al-Quran ) ini telah dilancarkan oleh seorang lelaki di laman Youtube untuk menggantikan cabaran ALS Ice Bucket Challenge yang popular sebelum ini. Kempen baru ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menambah dana untuk program dakwah Islam, dimana anda dapat menyebarkan keindahan Islam dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran melalui pelbagai platform dalam talian. Cabaran al-Quran juga adalah satu lagi perkara menarik mengenai interaksi umat Islam di seluruh dunia dan media sosial.
Issam Bayan, seorang pelajar dan penyanyi profesional berusia 26 tahun, yang mendapat idea ini untuk menggantikan cabaran ALS Ice Bucket Challenge yang diadakan untuk mengutip dana untuk membantu pesakit ALS (Amyotrophic Lateral Scierosis) juga dikenali sebagai Lou Gehrig ( penyakit sistem saraf, yang menjejaskan sel-sel saraf otak dan juga saraf tunjang yang boleh membawa maut. )
Beliau menjadikan idea ini sebagai satu cara untuk menyedarkan umat Islam di seluruh dunia biarpun tiada sebab yang khusus seperti ALS Ice Bucket Challenge. Namun begitu, walaupun #QuranChallenge tidak mempunyai sebab tertentu, beliau mahu membuatkan pembacaan Al-Quran itu mudah dan menjadi kebiasaan untuk umat Islam. Di dalam satu temubual melalui e-mel, beliau berkata faedah untuk cabaran ini adalah ganjaran daripada Tuhan yang mereka bakal dapat jika membaca Al-Quran.
Bayan memuatnaik video pertamanya ke laman Facebook dan YouTube pada 30 Ogos lalu dengan kapsyen, “Mari kita mengumpul ganjaran dan mencabar rakan-rakan anda dengan membaca beberapa potong ayat Al-Quran.” Kini terdapat beribu-ribu video dan gambar umat Islam di Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat menyertai cabaran ini di laman YouTube, Facebook, Instagram, Twitter, dan media sosial lain. Semua bacaan adalah dalam bahasa Arab – bahasa al-Quran.
#QuranChallenge ( Cabaran Al-Quran ) amat mudah. Anda hanya perlu membacakan beberapa potongan ayat Quran dan anda perlu mencalonkan rakan anda. Mereka hanya perlu melakukan cabaran itu dan meletakkan di laman media sosial mereka dan seterusnya mencalonkan orang lain. Semoga kita sama-sama dapat mengumpul pahala! 🙂