Apabila melihat drama bersiri Dunia Baru, kami terus teringat tentang watak utama siri tersebut iaitu Elyana. Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana menceburi bidang hiburan ketika berusia 14 tahun dan kini pada umur 27 tahun, dia semakin menyepi daripada dunia hiburan.
Elyana merupakan penyanyi remaja yang boleh dikatakan agak popular dengan lagu-lagu pop dan rancak seperti Kanta Cinta, Niat, dan Tak Tercapai Akalmu. Album solo ketiganya, Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama penyanyi ini. Album ini menampilkan banyak lagu hits dan melonjakkan populariti beliau pada ketika itu.
Fesyen Elyana pada ketika itu adalah rock dan gothic, sesuai dengan album kedua dan ketiganya. Kami masih ingat lagi, potongan rambut Elyana yang sentiasa menjadi ikutan ramai dan menjadi ‘trend setter’ remaja pada ketika itu. Beliau gemar berkaki ayam semasa membuat persembahan. Beliau juga menceburi bidang lakonan dan lakonan mantapnya itu membolehkannya memegak watak utama untuk drama dan filem seperti Dukun ( tidak ditayangkan ), Dunia Baru, Renjis dan banyak lagi.
Kini beliau telah berkahwin dengan jejaka kacak bernama Khairul Anuar pada tahun 2010 dan mempunyai seorang puteri, Cinta Sumayyah yang baru sahaja berusia 3 tahun. Kami ingin berkongsi gambar terkini Elyana yang nampak macam tidak berubah, sentiasa nampak muda dan cantik walaupun telah menjadi ibu!
Gambar Elyana dulu-dulu