Apa itu baby hatch? Bayi yang diletakkan dalam baby hatch/pusat perlindungan bayi akan diserahkan kepada OrphanCare sebelum bayi itu ditempatkan bersama keluarga angkat mereka.
Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan 10 baby hatch di cawangan KPJ di seluruh negara. Pegawai Perhubungan Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah Fadzil berkata, satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama-sama KPJ bagi penubuhan baby hatch itu selari dengan usaha menangani kes pembuangan bayi di negara ini.
Menolak dakwaan bahawa kewujudan baby hatch menggalakkan kes pembuangan bayi dan anak luar nikah, Siti Naquiah berkata keutamaannya ialah menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa serta membantu pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak untuk mengambil anak angkat.
Difahamkan ketika ini sebanyak 3,758 permohonan diterima bagi mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat. Sejak penubuhan OrphanCare pada 2010, sebanyak 102 bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat manakala 63 lagi dikembalikan kepada ibu kandung.
“Kami berharap kes pembuangan bayi dapat dikurangkan dengan penubuhan baby hatch di samping berusaha menempatkan bayi dengan keluarga yang benar-benar inginkan anak,” katanya.
Lebih 50 peratus ibu kandung yang menyerahkan anak mereka kepada OrphanCare adalah lingkungan umur antara 18 dan 24 tahun dan masih berstatus pelajar. Pihaknya juga mengadakan pelbagai ceramah motivasi di peringkat institusi pengajian tinggi untuk memberi kesedaran berhubung pendidikan seks serta fungsi pusat perlindungan bayi itu.
Malah, pihaknya juga mengadakan pelbagai ceramah motivasi di peringkat institusi pengajian tinggi untuk memberi kesedaran berhubung pendidikan seks serta fungsi pusat perlindungan bayi itu, katanya.
Siti Naquiah berkata, bukan hanya anak luar nikah yang diserahkan, tetapi ada antaranya menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan si ibu tidak mampu untuk menyara keperluan anak tersebut.
Lokasi OrphanCare:
Petaling Jaya, Selangor
No 6 , Lorong SS 1/24 A, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Malaysia
No Tel : 03 7876 1900
Emergency : 010 2830 528
Kelantan
Lot 2330, Lorong Padang Penjara, Jalan Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan
No Tel : 09-773 1864
Untuk sebarang info:
Facebook OrphanCARE Foundation/Yayasan OrphanCARE
Laman web rasmi http://www.orphancare.org.my/
mstar & Bernama