• Latest

Restoran ‘Senyap’ – Pengalaman Makan Di Restoran Kendalian Warga OKU

October 20, 2014
Foto - AH Beard

5 Cara Untuk Elak Blue Light Rosakkan Kulit Wajah

March 6, 2021
Foto - Ceria Sihat

Dr. Amalina Kongsi 5 Cara Siasat Diri Hidap Penyakit Apendiks

March 6, 2021
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

March 4, 2021
Foto - The Mirror

6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

March 4, 2021
Saturday, March 6, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Restoran ‘Senyap’ – Pengalaman Makan Di Restoran Kendalian Warga OKU

by Aida Sue
October 20, 2014
27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

deaf-restaurant

Artikel ini agak menarik di mana kami berkongsi kisah Orang Kelainan Upaya Pendengaran di Malaysia. Hujung minggu lalu, penulis berkesempatan ke sebuah restoran yang menjalankan program yang agak istimewa bersama Orang Kelainan Upaya ( OKU ) di Taman Tun Dr Ismail. Program ini dinamakan “Experience Deaf Restaurant” ini dijalankan dengan kerjasama Syed Azmi, Little Wonton Cafe, dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia MFD (Malaysian Federation Of The Deaf).  Sebenarnya program ini dijalankan sempena Deaf Awareness Month pada bulan September dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga OKU dengan dunia pekerjaan terutamanya sektor makanan dan juga memberi pengalaman baru kepada pengunjung bagaimana berinteraksi dengan golongan istimewa ini. 

deaf-restaurant-review-7

Apabila kami sampai di restoran itu, kami telah disambut ceria oleh seorang pekerja restoran yang juga terdiri dari kalangan warga MFD yang berusia 18 tahun hingga 35 tahun. Kami telah diberikan kertas untuk memilih menu makanan yang lain dari yang lain. Di atas kertas itu terdapat gambar isyarat tangan yang mengajar pengunjung memesan makanan dengan menggunakan bahasa isyarat. Jadi bagi yang tidak pernah menggunakan bahasa isyarat, mungkin ianya agak kekok sedikit, tetapi ia secara tidak langsung memberi maklumat baharu yang selama ini mungkin tidak peduli dengan bahasa isyarat ini.

deaf-restaurant-review-5

deaf-restaurant-review-2

Di setiap meja pula terdapat sebuah buku bahasa isyarat yang boleh anda lihat,baca dan berlatih menggunakan bahasa isyarat tangan sambil menunggu makanan. Anda juga dapat membeli t-shirt dan juga buku tersebut di situ. Walaupun program ini dijalankan selama 6 jam sahaja, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

IKLAN

deaf-restaurant-review-10
Puan Goh dan Syed Azmi sama-sama menjayakan program ini

Penulis telah menemubual pengerusi MFD, Puan Goh untuk bercerita dengan lebih lanjut mengenai program yang dianjurkan oleh mereka. Mereka mengadakan acara ini untuk menimbulkan kesedaran orang ramai dan memberi peluang warga OKU berkomunikasi dan berinteraksi bersama masyarakat. Apabila ditanya mengenai realiti peluang pekerjaan warga OKU pendengaran di Malaysia, beliau berkata kini terdapat banyak sektor swasta dan kerajaan yang menempatkan golongan OKU pendengaran yang layak dari segi akademik dan juga berpengalaman di syarikat mereka. Ada juga yang bekerja di syarikat yang ditubuhkan sendiri oleh golongan OKU pendengaran ini. Hebat kan?

Mereka mengadakan kelas bahasa isyarat dan juga cara-cara untuk bersolat bagi golongan OKU yang beragama Islam. Setakat ini di Malaysia terdapat kurang daripada 50 orang jurubahasa isyarat yang bertauliah untuk lebih 50,000 orang OKU ( pendengaran ) di Malaysia dengan gaji kurang daripada RM1,000. Nampak agak menyedihkan, tetapi itulah realitinya.

Pusat operasi Persekutuan Orang Pekak Malaysia terletak di Menara MLH, Bandar Puchong Jaya menempatkan sebuah taska, kelas untuk kursus belajar bahasa isyarat dan juga kafe yang diuruskan sepenuhnya oleh warga OKU pendengaran. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Persekutuan Orang Pekak Malaysia, anda boleh layari Facebook MFD (Malaysian Federation Of The Deaf) dan Facebook Syed Azmi

deaf-restaurant-review-11

deaf-restaurant-review-3

deaf-restaurant-review-4

deaf-restaurant-review-7

deaf-restaurant-review-8

deaf-restaurant-review-9

Tags: deaf cafedeaf cafe malaysiadeaf malaysiadeaf restaurant malaysiaExperience Deaf Restauranti want to touch a dogmakan di restoran orang pekak malaysiaokuoku pendengaranrestoran okurestoran orang pekakRestoran Pekak - Pengalaman Makan Di Restoran Kendalian Warga OKUsyed azmi
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Restoran ‘Senyap’ – Pengalaman Makan Di Restoran Kendalian Warga OKU

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.