Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Fesyen

[ Eksklusif ] 7 Tips Fesyen Penyanyi Fauziah Latiff Yang Perlu Anda Tahu

by Aida Sue
September 30, 2014
25
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kami telah menemubual penyanyi yang memang cantik walaupun berumur 44 tahun pada tahun ini. Fauziah Latiff merupakan duta produk kecantikan wajah SK-II telah berkongsi 7 tips fesyen untuk pembaca Wanista khasnya yang berumur 30 tahun ke atas.

1. Sopan

Pastikan pakaian dan aksesori yang dikenakan bersesuaian dengan peringkat umur, lebih sopan. Wanita yang berumur lebih 40 tahun seharusnya mengenakan pakaian yang lebih sesuai kerana bukan remaja lagi. Di dalam usia itu, ramai wanita yang tidak tahu berfesyen mengikut umur dan ada juga yang bersikap sambil lewa memilih pakaian. Jangan begitu, penampilan juga harus dijaga walaupun umur sudah meningkat.

Foto - Arkib Wanista

Tips Awet Muda Fauziah Latiff, Maintain Macam Anak Dara

December 26, 2019

Pesta Corak & Sequin Di Karpet Merah Billboard Music Awards 2019!

May 2, 2019

2. Pastikan ada pakaian asas

Menurut kak Gee, anda perlu ada pakaian asas berwarna hitam atau putih, tidak kiralah kemeja ataupun dress di dalam almari. Ia penting untuk disesuaikan ke mana-mana acara atau tempat yang ada perlu, dan warnanya juga tidak terlalu menonjol.

3. Harga bukan ukuran

Murah tidak semestinya tak cantik, jika digayakan dengan bijak, ia mampu kelihatan eksklusif. Begitulah kata Kak Gee. Ada yang berpendapat mereka harus menggayakan pakaian yang mewah dan berjenama untuk kelihatan cantik dan anggun. Sebenarnya harga tidak memainkan peranan penting, asalkan pandai bergaya dan mix and match, sudah memadai.

4. Corak yang sesuai

IKLAN

Pakaian yang dipakai haruslah bercorak yang sesuai dengan umur dan bentuk badan. Wanita yang lebih besar semestinya harus menjauhkan diri dari corak yang berani dan besar dan cetakan besar. Reka bentuk dan perincian halus dan rumit adalah lebih sesuai untuk anda. Baju dengan leher ‘V’ mewujudkan kesan kelangsingan tubuh badan serta-merta. Jalur menegak memberi persepsi yang mendatar dan adalah lebih baik berbanding dengan corak melintang.

Pakai pakaian yang sesuai dengan tubuh badan anda. Pastikan anda tidak membeli pakaian terlalu kecil saiz atau terlalu besar. Selain itu juga, pilih seluar teliti, sekurang-kurangnya meliputi separuh daripada panjang kaki anda. Pilih pakaian yang mempunyai getah di bahagian pinggang supaya menampakkan kelangsingkan badan.

5. Penjagaan kulit

Fesyen tanpa penjagaan kulit ibarat nasi lemak tanpa sambal. Tidak boleh dipisahkan. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, anda perlu minum air dengan cukup, kurangkan tekanan dengan aktiviti senaman dan kehidupan yang sihat. Kemudian anda boleh mengenakan pakaian dengan fesyen terkini. Barulah ngam!

6. Jaga Kesihatan 

Menurut Kak Gee, untuk sentiasa cantik, bukan sahaja luaran saja kena jaga, dalaman pun penting. Kesihatan perlu diutamakan.

7. Gembira

Kita berfesyen untuk cantik dan kepuasan diri sendiri. Jadi apa gunanya mengenakan pakaian yang cantik sedangkan kita tidak gembira? Anda perlu memastikan anda stabil dari segi emosi dan menjaganya dengan baik. Jika anda selalu gembira, sudah semestinya anda akan nampak cantik meskipun anda bukan seorang fashionista.

Tags: fauziah latif terkinifauziah latifffesyen selebrititips fesyen fauziah latiftips fesyen fauziah latifftips fesyen selebrititips selebriti
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.