Pernah atau tidak anda makan ais krim kon dengan mempunyai lebih daripada 1 layer? Di Daily Chico lokasi di Nakano Broadway menjual ais krim kon yang paling tinggi, bayangkan sekurang-kurangnya mempunyai 8 layer.
Apa yang menarik di Daily Chico selain menjual ais krim kon tertinggi, mereka juga mempunyai pelbagai pilihan perisa ais krim seperti coklat, vanila, epal hijau, pisang, yusu( buahan sitrus Jepun), karamel, bijan, strawberi, mocha, tembikai, anggur, teh hijau, ramune (minuman bergas Jepun) dan macam-macam lagi. Bukan sahaja pelbagai pilihan, ais krim tertinggi malah harganya juga murah, dengan hanya ¥ 390 (US $ 3.60).
Jika anda ke Jepun, jangan lupa singgah makan ais krim kon tertinggi ini.
Lokasi – Daily Chico
Address: Tokyo-to, Nakano-ku, Nakano 5-52-15, Nakano Broadway, basement level 1
Open 10 a.m. – 8 p.m.