Menurut laporan akhbar Harian Metro, seorang wanita dipukul dan dipijak oleh suaminya sehingga cedera di seluruh badan di Ipoh kerana didakwa terlalu sibuk menguruskan perniagaan tudung secara dalam talian. Wanita tersebut dikatakan menjalankan perniagaan menjual tudung secara dalam talian berkenaan sejak jam 8 malam hingga 1.30 pagi bersama kakak dan abang iparnya.
Yang paling menyedihkan, mangsa dikatakan telah dibelasah teruk oleh suaminya yang dipercayai mengamuk selepas tidak puas hati dengan sikap mangsa yang terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga didakwa mengabaikan urusan keluarga. Pergaduhan tercetus bila suami mangsa menuduhnya mengabaikan kebajikan keluarga termasuk tidak memberi susu kepada anak mereka. Suami mangsa tiba-tiba naik angin dan memukulnya di kepala selain memijak badannya berkali-kali. Menurut sumber, suami mangsa juga cedera apabila mangsa cuba mengacukan pisau kepada lelaki terbabit bagi mempertahankan diri daripada terus dipukul. Pergaduhan itu terhenti selepas keluarga campur tangan.
Janganlah terlalu sibuk mengejar wang sampai mengabaikan keluarga pula. Buruk padahnya!