Pemakaian overall cantik jika dikenakan dengan outfit yang betul. Namun tidak semua orang yakin untuk mengenakannya kerana ada yang keliru dan buntu padanan yang seperti mana paling sesuai untuk pakaian seperti ini.
1. T shirt plain adalah padanan yang terbaik
Padankan dengan t-shirt yang plain dan simple untuk langkah selamat. Kamu perlu ingat, benda utama yang harus kami berikan keutamaan adalah pakaian overall kamu bukannya top kamu.
2. Warna bertentangan
Padanan top atau t-shirt yang berwarna bertentangan dengan overall sangat sesuai. Tetapi harus di ingat, pemilihan jenis top juga sangat memain peranan. Elakkan daripada mengambil pakaian yang terlalu ketat dan besar.
3. Katakan tidak pada tumit tinggi
Overall memang tidak sesuai di padankan dengan kasut tinggi. Tak kiralah sama ada stelito heels atau wedges. Kami cadangkan flats, sandals, loafers, pump, oxfords.
4. Sling/back bag
Jangan sesekali padankan overall dengan handbag. Pakaian seperti ini sangat sesuai jika kamu padankan dengan tas tangan yang tidak bertali ataupun mini back bag yang simple.
5. Aksesori
Mungkin agak membosankan jika anda hanya mengenakan overall dipadankan bersama plain t shirt. Jadi, untuk dapatkan kesempurnaan, pakai beberapa aksesori tambahan seperti rantai labuh dan gelang tangan yang sarat.