Kebanyakan pasangan mahukan kelainan dalam mengabadikan kenangan mereka diishtiharkan sah sebagai suami isteri. Konsep perkahwinan dalam taman mungkin sudah terlalu mainstream malah perkahwinan di dasar laut juga mungkin tidak lagi menjadi terlalu asing memandang banyak tempat-tempat pelancongan seperti China dan Mexico sudah menyediakan pakej untuk pasangan yang ingin melangsungkan upacara perkahwinan mereka dengan berlatarkan dasar laut.
Buat pasangan Jamie Alperin, 29 dan David Lamb, 33, lain pula pilihan mereka . Pasangan ini memilih untuk melangsungkan perkahwinan di atas puncak gunung setinggi 2, 300 kaki. Bermakna, mereka perlu melakukan aktiviti pendakian gunung sebelum melangsungkan acara penuh bermakna itu. Mendapat inspirasi daripada video yang dibuat oleh rakan aktiviti rock climbing mereka, pasangan ini telah membelanjakan £ 7,000 untuk melaksanakan impian mereka. Tambah menarik, walaupun perlu melakukan aktiviti lasak, pengantin perempuan masih mengenakan gaun perkahwinan bersesuaian untuk acara tersebut.