Tahniah kami ucapkan kepada model Raisyyah Rania yang juga lebih dikenali sebagai Felixia Yeap kerana baru sahaja dilantik sebagai Duta Pertama Produk Farmasi Colour Cosmetics.
Menurut Rania, sebagai saudara baru yang memeluk Islam, Rania percaya adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari dan menggunakan produk yang halal termasuk produk kosmetik, kerana mencari yang halal itu adalah satu jihad.
Bersyukur dipilih sebagai duta produk FCC yang pertama, Rania berkata :
“Ini merupakan permulaan yang baik untuk saya lebih mendalami keindahan agama Islam.”
“Memandangkan produk FCC adalah Halal yang mana ianya boleh dibawa bersolat, pastinya ia akan memudahkan rutin harian saya yang penuh dengan sesi mekap dan sesi bergambar. Apa yang saya lakukan adalah ambil wudhu’, bersolek dan terus ke sesi pengambaran. Sekira sudah masuk waktu solat di pertengahan sesi pengambaran, saya boleh terus menunaikan solat tanpa perlu memadam solekan kerana FCC diperbuat daripada bahan-bahan yang Halal,” tambah Rania.
Bukan itu sahaja, FCC juga melancarkan satu produk baharu iaitu Kajal Secret Eyeliner Pen. Celak mata yang berasaskan cecair ini merupakan celak mata pertama yang menggunakan berus tebal separa lembut bagi memudahkan pengguna untuk melukis garisan halus atau winged liner look. Ianya akan membuatkan mata pengguna tampak lebih menyerlah dalam masa yang singkat.
Harga pasaran untuk Kajal Secret Eyeliner Pen ialah RM34.90 (WM) / RM36.90 (EM)
Sekitar Gambar Raisyyah Rania Selaku Duta Farmasi Colour Cosmetics (FCC)