Sebuah kafe kecantikan telah dibuka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Cafe yang dinamakan IsMe Beauty & Café, merupakan kafe kecantikan yang pertama di Malaysia dilancarkan secara rasmi di Bukit Bintang dan ia menggabungkan penjagaan kecantikan, gaya hidup dan kesejahteraan yang terbaik – semua dalam satu lokasi. Boleh dikatakan, IsMe Beauty & Café adalah sebuah syurga yang indah bagi mereka yang ingin menghindarkan diri daripada kesibukan harian. Jadi bagi anda yang ingin membeli belah sambil makan bersama rakan, anda patut cuba makanan di sini. Kenapa? Kami kongsikan maklumat menarik mengenai IsMe Beauty & Café ini.
Tawar Menu Sihat Untuk Wanita
Sebagai sebuah kafe kecantikan, IsMe menawarkan makanan dan minuman yang sihat di dalam menu utamanya di mana ia secara khasnya diteliti dan disediakan oleh pakar nutrisi pemakanan. Pencuci mulut yang ditawarkan seperti kek-kek mengandungi ekstrak-ekstrak, vitamin dan mineral yang sihat – makanan yang sihat dengan nutrien yang betul yang menggalakkan kesihatan yang optimum dalam badan.
Pengunjung boleh menikmati perkhidmatan yang ditawarkan dalam persekitaran yang relaks, bebas daripada tekanan serta membaca maklumat mengenai kehidupan yang sihat, produk-produk kecantikan, makanan dan minumam yang kaya dengan nutrisi dengan secawan kopi aromatik atau minuman yang menyegarkan. Sebuah tempat yang paling sesuai untuk berehat selepas hari yang panjang, ia adalah sebuah lokasi yang sesuai untuk menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, snek petang, ataupun secawan kopi.
Produk Kecantikan Eksklusif
Kafe yang baru dibuka ini menyediakan kawasan yang luas terbuka untuk pelanggan menikmati koleksi-koleksi produk kecantikan inovatifnya yang ditawarkan dalam persekitaran yang luas, moden dan kontemporari yang menyumbang kepada pengalaman yang penuh dengan keselesaan untuk pelanggan.
Sempena pembukaannya, IsMe Beauty & Café melancarkan CUSCOS, produk-produk kecantikan yang premium dari Korea yang baru dengan kualiti gred klinikal yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang paling berkualiti. Dengan kerjasama Swarovski, jenama perhiasan mewah yang terkenal di dunia, CUSCOS adalah rangkaian produk kecantikan yang baru dan revolusioner untuk memenuhi keperluan terhadap penjagaan kecantikan harian, rawatan khusus, pencerahan kulit dan penjagaan yang direka khas – dengan konsep “rubbing jewel into the skin” (menggosok permata pada kulit).
Diperbuat dengan Swarovski Zirconia, berlian terbaik yang hampir serupa yang pernah dihasilkan, CUSCOS hanya menggunakan bahan-bahan paling tulen yang memberi manfaat kepada kulit. Dirumus dengan 2 karat bahan berlian, CUSCOS mempunyai keupayaan untuk mengurang dan memulihkan masalah kulit yang kerap terjadi dengan ciri-ciri penyerapannya yang sangat baik yang membantu mencerahkan kulit, menjaga ketegangan kulit serta mengurangkan kedutan.
Info IsMe Beauty & Café
Pelanggan-pelanggan boleh menikmati koleksi produk-produk CUSCOS yang ada apabila mengunjungi IsMe Beauty & Cafe. Produk-produk CUSCOS terdiri daripada pembersih muka, toner, losyen, essen, krim mata, krim badan dan banyak lagi.
Dibuka setiap hari termasuk pada hari Ahad dan cuti umum, IsMe Beauty & Café beroperasi daripada pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Perkhidmatan Wi-Fi percuma juga disediakan.
IsMe Beauty & Café terletak di Lot B-1-1, Block B, Bintang Fairlane, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IsMe Beauty & Café di talian 03 2110 6191.