Pernahkah anda berhadapan dengan kawan jenis talam dua muka? Jenis cakap besar? Apa yang anda rasa bila berkawan dengan mereka? Tertekan? Menyampah?
Wanista kongsikan antara 10 jenis kawan yang harus dan patut anda elakkan daripada berkawan supaya hidup senang dan tenang.
Jenis Talam Dua Muka – Kalau boleh elakkan berkawan dengan individu sebegini, jenis talam dua muka. Depan baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita. Kalau ada kawan yang jenis talam dua muka ni seelok-eloknya elakkan daripada kita membuka mulut bercerita tentang orang lain kerana sekelip mata sahaja berita tersebut dicanang pada orang lain.
Jenis Suka Meninggi Diri/Cakap Besar – Individu yang kononnya semua benda dia tahu daripada A sampai Z, mungkin boleh digelar Mr Know It All, Ms Know It All. Orang yang suka meninggi diri ini selalunya tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia.
Jenis Batu Api/Menghasut – Jenis batu api boleh diibaratkan individu yang sangat busuk hati. Orang yang jenis suka mengapi-apikan orang ni tak akan mudah mengaku kalah. Dia akan pastikan kawan yang dia tak suka akan jatuh menyembah bumi. Kejam gila kan?
Jenis Tikam Belakang – Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak boleh agak gerak-geri dia. Orang sebegini boleh dikatakan nampak slow di depan tetapi belakang kita Allah yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya.
Jenis Suka Menipu & Memberi Alasan – Kenapa perlu menipu? Susah sangat nak cakap perkara sebenar. Kalau sekali mungkin boleh dimaafkan tetapi kalau samapi tahap asyik memberi alasan, sikit-sikit menipu, sudahnya langsung orang tak percaya lagi. Nasihat penulis ingat pada satu perkara, kalau anda jenis yang suka menipu, nanti kalau terjadi apa-apa musibah, mungkin kawan anda tidak akan membantu malah percayakan anda lagi sebabnya anda sudah dicop KAKI PENIPU.
Jenis Hangat-Hangat Tahi Ayam – Segala perancangan dialah yang tetapkan. Macam-macam perkara mahu dibuatnya, at last, semua benda pun tak jadi dan mulalah pelbagai alasan yang keluar.
Jenis Panas Baran – Tertekannya bila berhadapan dengan orang macam ni. Bayangkan, kalau perkara ringan pun mahu dibarankan. Ada pula bila bab mengutuk atau bercakap pasal orang dialah yang hero tetapi bila terkena batang hidung sendiri mulalah nak panas baran.
Jenis Berkira/Suka Mengungkit – Orang yang suka mengungkit daripada segi kewangan. Rasanya adatlah kita membantu kawan yang ada masalah kewangan, kita pun hulurlah berapa yang kita ada. Tetapi lain pula dengan orang yang berkira, jumlah yang sedikit pun mahu diperbesarkan.
Jenis Yang Suka Ambil Kesempatan – Orang yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan kawannya. Bila tahu yang kawannya sentiasa bersangka baik padanya mulalah dia naik minyak dan dalam diam lakukan sesuatu.
Jenis Suka Merendahkan Orang Lain – Anda suka atau tidak berkawan dengan individu yang sewenangnya merendahkan anda, lebih-lebih lagi di depan orang lain. Tentu sekali tidak bukan. Jadi, elakkan berkawan dengan mereka.