Islam tidak pernah mengajar kita membezakan orang mengikut bangsa dan kaum. Tetapi kisah ini amat menyedihkan dimana petugas korban berpangkat ‘haji’ didakwa membiarkan 5 lelaki warga Bangladesh yang beragama Islam memerhatikan sahaja tanpa memberi sedikitpun daging korban. Yang paling menyedihkan lagi, mereka turut dihalau macam penjenayah yang ingin mencuri daging korban. Yang kami pelik, takkanlah dalam ramai-ramai tu, tak ada seorang pun yang mempertahankan warga asing yang datang cuma ingin meminta bahagian daging korban mereka? ( bahagian daging fakir/miskin ).
Lokasinya kejadian berlaku di sebuah majlis korban di Surau Jalan Hospital, Ipoh, Perak .. 21 ekor lembu di korban pada hari Ahad 5hb September 2014 yang lalu.
Asalnya daging korban atau akikah adalah untuk sedekah yang mana diniatkan pahala. Maka pemberiannya perlu diberikan kepada orang yang berhak.
Menurut portal JAKIM, jika ibadah korban ( wajib dan nazar ), wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.
Walau apa pun, kami cukup sedih membaca kisah ini dan boleh dijadikan iktibar kepada semua. Rezeki itu haruslah dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Janganlah kita membezakan manusia berdasarkan warna kulit, pangkat dan harta kerana semuanya milik Allah swt.