Peminat fesyen di kawasan Asia Tenggara kini boleh memiliki koleksi pakaian berjenama terkenal yang sukar didapati di pasaran tempatan melalui Lazada. Antara jenama fesyen jalanan UK yang ditawarkan oleh pusat membeli-belah dalam talian ini ialah Rock and Religion, Dead Lovers dan Neon Rose. Lazada juga telah mula melancarkan jenama fesyen pakaian tersendiri yang diberi nama LZD.
Selain daripada jenama-jenama fesyen antarabangsa dan tempatan, Lazada Malaysia juga telah melancarkan label pakaian tersendiri iaitu LZD. Koleksi pakaian LZD direka dengan mengambil kira citarasa pelanggan di Asia Tenggara, dan memfokuskan kepada pegangan tiga F:
Fit – Potongan pakaian mengikut bentuk badan orang Asia.
Fabrication – Kualiti fabrik selaras dengan kualiti pakaian antarabangsa namun masih sesuai digayakan di negara yang beriklim Khatulistiwa.
Fantastic value – Setiap koleksi pakaian dari LZD bermutu tinggi dan dijual dengan harga yang berpatutan.
“Lazada Fashion” memberi akses dan peluang kepada pelanggan-pelanggan di Asia Tenggara untuk memiliki koleksi pakaian jenama tempatan dan luar negara yang terkini di dunia. Koleksi-koleksi pakaian, kasut dan beg tangan ditawarkan di semua website Lazada, iaitu di Malaysia (www.lazada.com.my), Indonesia (www.lazada.co.id), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th) dan Vietnam (www.lazada.vn).