Hari Raya tahun ini memang memberi kenangan manis buat kanak-kanak Rumah Kasih Harmoni. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyertai kempen “Iringi Salam Aidilfitri dengan Setulus Hati bersama Listerine®”.
Kesemua 93 kanak-kanak berusia 3 hingga 17 dari rumah kebajikan ini dapat balik kampung dan beraya bersama keluarga sama ada di Semenanjung Malaysia ataupun Sarawak kerana kempen yang menggalakkan rakyat Malaysia menghantar ucapan Aidilfitri melalui Laman Facebook Listerine® Malaysia, telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM10,000 untuk membantu kanak-kanak ini balik kampung.
“Iringi Salam Aidilfitri dengan Setulus Hati bersama Listerine®” adalah kempen yang amat menyentuh hati pada musim perayaan ini. Selain itu, Listerine® Natural Green Tea, produk dengan rumusan ringan tapi berkesan mengandungi dos florida dua ganda untuk mulut yang bersih dan dapat mencegah gigi berlubang, memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan penghargaan melalui salam kepada ibubapa, kawan- Selain dapat beraya di kampung halaman masing-masing, kanak-kanak tersebut turut meraikan Hari Raya bersama Listerine® dalam satu majlis di Rumah Kasih Harmoni baru-baru ini.“, kata Lynn Yeo, Pengarah Pemasaran, Johnson & Johnson Malaysia.
Kehadiran deejay Dina Nadzir dari ERA FM juga merupakan satu pengalaman istimewa kepada kanak-kanak yang terhibur dengan gelagat Dina yang bersemangat dan melucukan hati.
Menurut Dina, “Kanak-kanak ini yang serba kekurangan mengingatkan kita akan kesusahan hidup dan kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang saling menyayangi. Kebanyakan rakyat Malaysia amat bertuah dan kita sepatutnya terus menyokong kempen – Encik Jamal Wahab, Pengetua/Pengurus Rumah Kasih Harmoni, berkata, “Musim perayaan hanya bermakna jika kita dapat bersama orang tersayang dan kami amat bersyukur kerana atas bantuan Listerine®, kanak-kanak ini berpeluang meraikan Hari Raya bersama keluarga mereka. Mereka ada dua sebab untuk bergembira, pertamanya mereka dapat beraya bersama Dina dan kedua, beraya bersama keluarga di kampung!”
Walaupun kempen ini telah tamat, masih ada peluang untuk menikmati kebaikan Listerine® Natural Green Tea, produk yang memenangi Anugerah Inovasi Pilihan Pengguna 2014/15. Anugerah berdasarkan undian 2,000 orang pengguna ini telah memilih Listerine® Natural Green Tea sebagai pemenang dalam kategori ubat kumur mulut berdasarkan kajian meluas yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia.
Untuk mendapatkan sampel percuma, hantarkan nama, alamat dan nombor telefon anda melalui emel ke listerinemy7@gmail.com atau mel biasa ke: Listerine Sample, Johnson & Johnson Malaysia, 3 Jalan Tandang 204a, Seksyen 51, Petaling Jaya, Selangor.
Dapatkan Listerine® Natural Green Tea di semua farmasi, pasaraya besar dan pasaraya seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang produk Listerine®, sila layari www.listerine.com.my, atau klik ‘like’ laman Facebook Listerine® Malaysia di www.facebook.com/ListerineMalaysia.