12 tahun merupakan usia yang terlalu muda, terlalu awal untuk memikirkan tentang perkahwinan. Tetapi Thea, seorang gadis kecil dari Norway yang baru sahaja berusia 12 tahun ini tiba-tiba menggemparkan dunia dengan kenyataan bahwa dirinya akan segera berkahwin pada 11 Oktober esok. Malah, yang memeranjatkan lagi dia akan berkahwin dengan lelaki yang berusia 37 tahun, lebih daripada tiga kali ganda usianya.
Kisah Thea ini dikatakan menggemparkan penduduk Norway malah belum pernah terjadi perkahwinan budak bawah umur di negara tersebut. Isu Thea ini juga banyak diperbincangkan di media sosial, pihak perlindungan dan polis turut dihubungi bagi mencegah terjadinya perkahwinan yang luar biasa itu.
Walaubagaimanapun, kisah Thea ini tidak benar. Kisah Thea sebenarnya digunakan untuk menarik perhatian masyarakat pada isu perkahwinan budak bawah umur. Dan itu semua adalah sebahagian daripada kempen untuk menentang perkahwinan sebegini di seluruh dunia. Penggiatnya memilih cara provokatif seperti itu kerana dianggap berkesan untuk menarik perhatian orang ramai.
Difahamkan setiap hari 39 000 budak kecil di seluruh dunia menghadapi masalah yang sama seperti Thea. Ada yang terpaksa berkahwin di usia yang tertalu muda entah kerana paksaan, tradisi, adat ataupun sebab lain yang tidak diketahui. Padahal mereka sebenarnya tidak menginginkan perkahwinan tersebut berlaku.
Apa pendapat anda? Unik bukan kempen yang dijalankan ini?