Khabar angin tersebar di kalangan peminat bahawa ketiadaan salah seorang ahli EXO, Luhan di konsert SMTOWN lalu bukan disebabkan faktor kesihatan tetapi Luhan dikhabarkan telah memfailkan saman terhadap SM Entertainment untuk membatalkan kontraknya.
Banyak sumber menyatakan bahawa Luhan telah mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Pusat Seoul pagi ini (10 KST). TVDaily juga mengeluarkan satu salinan permohonan yang dikatakan nama ‘Lu Han’ yang dapat dilihat. Jenis tuntutan mahkamah yang difailkan ialah untuk menentukan bahawa kontrak itu tidak sah dan batal, tuntutan mahkamah yang sama difailkan oleh bekas ahli EXO Kris. Malah, lap0ran mengatakan firma undang-undang yang sama yang mengendalikan kes Kris sebelum ini.
Walaubagaimanapun, SM Entertainment akan memberi respon setelah mengesahkan keadaan yang sebenarnya berlaku oleh EXO. Terdahulu, Kris keluar dari EXO, Jessica secara rasmi bukan lagi ahli Girls Generations dan kini nasib sama mungkin menimpa Luhan. Betul atau tidak, sama-sama kita nantikan.