Skirt Tutu atau Tulle menjadi idaman bagi mereka yang sukakan gaya seperti seorang puteri kerana skirt tutu mempunyai efek kembang dan tidak ketat ikut bentuk kaki. Kami juga berkongsi sedikit tips untuk anda yang ingin mengayakan skirt tutu ini.
Edgy dan kasual – Padankan dengan statement t-shirt dan juga jaket denim dengan skirt tutu berwarna gelap. Anda boleh padankan dengan kasut bertumit tinggi dan cermin mata gelap.
Lembut dan girly – Bagi yang ingin nampak lembut, anda boleh gayakan skirt tutu berwarna pastel dengan top lace atau kemeja berwarna pastel. Padankan dengan sepatu atau beg tangan berwarna coklat atau ‘nude’.
Berani – Bagi yang ingin nampak berani, anda boleh padankan skirt anda dengan top dan sepatu berwarna terang seperti merah. Itulah simbolik wanita berani bermain dengan fesyen!
Street smart – Pakai skirt tutu dengan baju yang mudah dan selesa, dengan denim atau Chambray shirt. Gabungan item biasa yang anda pakai setiap hari dengan skirt tulle anda dan nah, anda terus boleh keluar berjalan-jalan! Dengan kombinasi ini, anda boleh memakai skirt tulle tanpa rasa terlalu girly dan kasual. Ia juga merupakan alasan yang baik untuk menyimpan skirt tulle dan memakainya setiap hari.