Ya, itu yang menjadi persoalan kami… Apa yang chef letak di dalam burger termahal di dalam dunia ini? Baru-baru ini sebuah restoran di London, Honky Tonk, membuat promosi sempena sambutan Groupon yang berjaya menjual baucar makanan dan minumannya yang ke 5 juta di Britain. Yang menariknya, mereka merancang untuk mengadakan pertandingan untuk memberikan burger dengan 2,618 kalori secara percuma.
Burger mewah dengan nama jolokan “The Glamburger” mengandungi truffle hitam dan daging lembu Wagyu Kobe , udang galah, telur ikan beluga, daging rusa, telur itik dan emas tulen yang boleh dimakan.. dah ia didatangkan dengan kos sebanyak $1,800 ( kira-kira RM6,000 ). Maknanya, burger ini mengandungi bahan-bahan mewah dengan harga yang tinggi..siap ada emas lagi!
Kami kongsi gambar burger termahal di dunia dan juga video menarik dari chef restoran Honky Tonk ini.